Rakyat Didahulukan Bukan Sekadar Slogan
6 Nov, Felda Air Tawar 4 - Penduduk kampung Felda Air Tawar 4 bertuah apabila Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said mengunakan pendekatan yang lebih mesra rakyat dalam menyelesaikan permasalahan dan aduan dari para penduduk.
Sekiranya sebelum ini pendekatan Azalina ialah dengan menghantar para pegawainya untuk masuk ke kampung bagi mengambil aduan dan laporan rakyat, namun kini sesuai dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamankan’ Azalina sendiri telah turun pandang untuk berjumpa dan pengadu dan masyarakat kampung.
Kehadiran Azalina pada hari itu, ternyata mendapat sambutan yang amat positif dari para penduduk, apabila melihat komitmen yang ditunjukkan oleh wakil rakyat mereka dalam membantu mereka.
“Saya sungguh terharu dengan pendekatan yang digunakan oleh YB, kerana selama saya tinggal disini, ini adalah kali pertama saya melihat wakil rakyat yang begitu bersemangat membantu orang kampung”
“Walaupun wakil-wakil rakyat sebelum pernah turun padang, namun pendekatan Dato Sri ternyata lain dari yang lain, apabila beliau sanggup duduk di dalam van bergerak untuk mengambil sendiri laporan dari kami semua” ujar salah seorang penduduk kampung.
Azalina ketika ditemui berkata adalah menjadi tanggungjawab utama beliau untuk berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat.
“Tugas sebagai wakil rakyat bukanlah merupakan satu tugas untuk mengejar glamor, populariti dan kekayaan tapi lebih merupakan satu amanah dari rakyat dan untuk rakyat. Saya hanya menjalankan amanah dan kepercayaan yang diberikan itu” ujar beliau.
Sejurus selesai mengambil aduan dan laporan penduduk di Felda Air Tawar 4, Azalina meneruskan Pejabat Khidmat Bergerak beliau di Kampung Sungai Kapal.














































